Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), sekolah ke-3 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan kepimpinan sejak hari pertama operasi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) terletak di Presint 16, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada awalnya, sekolah ini diberi nama SMK Putrajaya 3 kerana ia merupakan sekolah menengah ke-3 di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sekolah ini memulakan operasi pada 6 Januari 2003 di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Keluasan SMK Putrajaya 3 ialah kira-kira 12.5 hektar dan mempunyai enam blok utama, sebuah kampus yang direka untuk menampung warga sekolah yang sentiasa berkembang.
Pada tahun pertama beroperasi, sekolah ini hanya mempunyai 145 orang murid, tiga buah kelas Tingkatan 1 dan dua buah kelas Tingkatan 2. Murid-murid datang dari sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya, antaranya dari SK Putrajaya 1, SK Putrajaya Presint 8(1) dan SK Putrajaya 3. Sekolah juga menerima murid berpindah mengikut keluarga yang baru berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bilangan guru pada tahun tersebut adalah seramai 25 orang dan staf sokongan seramai 7 orang.
Pada tahun 2010, Kelas Aliran Agama (KAA) diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1, dan kelas MPV (Pemprosesan Makanan) untuk murid sulung aliran agama ialah seramai 20 orang manakala kelas MPV seramai 22 orang. Pada masa sekarang, sekolah juga menawarkan kelas KAA untuk murid-murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Nama sekolah telah diubah secara rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) pada 10 Oktober 2007 di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP). Di bawah kepimpinan cemerlang Tn. Hj. Mohd Yusof bin Hassan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak, pada tahun 2015 sekolah ini telah dipilih bersama-sama 99 buah sekolah dari seluruh Malaysia yang terlibat dengan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) kohort 1, sekarang lebih dikenali sebagai TS25.
“Diharapkan sekolah ini akan terus memacu kejayaan dalam pelbagai bidang dan mampu melonjakkan kecemerlangan sehingga ke peringkat dunia.”
Aspirasi warga STO
Direka untuk menampung pembelajaran, pentadbiran, dan kehidupan kampus yang lengkap.
Pengetua pertama yang memulakan operasi sekolah dan meletakkan asas pentadbiran awal STO.
Bertugas hampir satu dekad. Pernah ditawarkan jawatan Pengarah PPWPP pada Januari 2008 dan kembali semula sebagai Pengetua Cemerlang DG52 berkuatkuasa 16 Februari 2008.
Pengetua ketiga yang melaporkan diri pada 22 April 2015 dan meneruskan transformasi STO sebagai sekolah TS25 dan SPM cemerlang.
Pengetua keempat, meneruskan kecemerlangan STO dalam akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Sekolah memulakan operasi pada 6 Januari 2003 dengan hanya 145 orang murid, 3 buah kelas Tingkatan 1 dan 2 buah kelas Tingkatan 2. Murid-murid datang dari sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya, antaranya dari SK Putrajaya 1, SK Putrajaya Presint 8(1), dan SK Putrajaya 3.
Kelas Tingkatan 4 bermula seramai 69 orang dengan dua kelas, sains dan teknologi serta sastera. Sekolah menerima murid berpindah mengikut keluarga yang baru berpindah ke Wilayah Persekutuan.
Nama sekolah diubah secara rasmi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) pada 10 Oktober 2007 di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP).
KAA diperkenalkan kepada murid Tingkatan 1, dan kelas MPV (Pemprosesan Makanan) untuk murid Tingkatan 4. Pada masa kini, sekolah juga menawarkan kelas KAA untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Sekolah dipilih bersama-sama 99 buah sekolah dari seluruh Malaysia yang terlibat dengan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) kohort 1, kini lebih dikenali sebagai TS25.
Bilangan kelas berkembang menjadi 33 buah dengan 854 orang murid dan 78 orang guru. Tingkatan 1 hingga 3 mempunyai 18 kelas, manakala Tingkatan 4 dan 5 sebanyak 12 kelas.
Dengan 1,437 orang pelajar dan 80 orang guru, STO meneruskan misi melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan kepimpinan.